Wednesday, February 23, 2011


ISLAM CAHAYA HIDUPKU

TAJUK
Pengislaman Tuan Haji Sharin bin Abdullah

DISEDIAKAN OLEH
Norzalena binti Abdul Hamid
No Matrik:2010414288
Kumpulan:ASD2En

DISEDIAKAN UNTUK
Ustz.Abdul Aziz Harjin
Pensyarah CTU 101

PROGRAM
Diploma Sains(AS120)

TARIKH SERAH
23 Februari 2011




ISI KANDUNGAN

Tajuk
Isi Kandungan
Abstrak
Pendahuluan
Konsep
·        Pengenalan
·        Dugaan yang dihadapi ketika memeluk Islam
·        Perubahan setelah memeluk Islam
Penutup
Rujukan



ABSTRAK

Sebagai seorang mualaf,sesungguhnya mereka memerlukan teman,tempat berlindung dan pembimbing untuk mereka lebih mendalami agama islam yang suci ini.Bagi mereka yang baru saja berhijrah ke agama Islam,sokongan moral dan perlindungan dari ancaman keluarga amat diperlukan demi meneruskan hidup,kerana perpindahan agama memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit.Kisah ini menceritakan serba sedikit tentang kehidupan seorang mualaf sebelum dan selepas memeluk islam dan rintangan yang terpaksa dihadapinya untuk menegakkan agama Allah.Namun ujian demi ujian yang dihadapinya lansung tidak mematahkan semangatnya untuk mendalami agama suci Islam hingga waktu ini.


PENDAHULUAN
Bismillahirahmanirrahim,bersyukur saya terhadap Allah kerana memberi saya kesempatan berkongsi serba sedikit ilmu yang ada dan diharapkan agar ilmu ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan kebaikan kepada pembaca amnya dan pada diri saya sendiri khususnya.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Ust.Abdul Aziz Harjin yang sedikit sebanyak telah membantu saya dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini.Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan terutamanya  kerana sudi memberi sedikit buah fikiran dan idea.Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Sharin yang sudi meluangkan masa untuk menceritakan kisah hidup dan pengalaman beliau untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus yang tidak seberapa hasilnya ini.
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada kata-kata saya menyinggung perasaan mana-mana pihak.Sesungguhnya,yang buruk itu datang dari saya,yang baik itu hanya dari ALLAH S.W.T.
Tajuk yang saya pilih ialah ‘Pengislaman Haji Shamrin Bin Abdullah’,seorang mualaf yang agak berpengaruh di khariah saya.Saya berharap dengan berkongsi sedikit pengalaman yang diceritakan beliau kepada saya,baiklah sekiranya kita mencontohi kecekalan dan ketabahan beliau ketika baru bergelar saudara baru hinggalah berjaya menjadi seorang pendakwah yang disegani dan dihormati di khariah saya.
Tidak ramai yang memahami keperluan mualaf,padahal sebagai saudara baru,mereka memerlukan,sahabat.pelindung dan pembimbing untuk membantu mereka mendalami agama Allah ini.Malahan,ada juga dikalangan orang Islam sendiri yang mencemuh golongan saudara baru ini dengan umpat keji.Perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana sebagai umat yang bertamadun,kita seharusnya bersatu padu membantu golongan seperti ini kerana mereka baru belajar mengenali Islam.
Golongan yang baru memeluk Islam ini diumpamakan seperti seorang bayi yang baru dilahirkan yang suci dari sebarang dosa.Kita sebagai umat Islam yang memang telah dilahirkan sebagai seorang Islam seharusnya memberi galakan dan sokongan yang sepatutnya kepada golongan mualaf ini.
عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab


KONSEP

PENGENALAN
Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.

         Nama Agama Kristian dan Yahudi adalah merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan Agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Pada masa ini terdapat lebih 1.8 bilion Muslim di dunia. Kesemua mereka percaya bahawa Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.. Pengikut syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi adalah digelar ahli kitab. Mereka yang beriman dan beramal dengan ajaran agama Islam digelar Muslim.

        Umat Islam percaya bahawa Semua makhluk yang berada di alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari,bintang dan segalanya adalah patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Semua makhluk tersebut dan termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan sebahagian dari Jin yang engkar kepada perintah Allah swt.

        Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 kumpulan fahaman utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbedaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin.

        Dalam Islam, ada tiga konsep yang penting iaitu Iman, 'amal dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Rukun Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.
Sesungguhnya setiap umat Islam yang sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam itu amat bertuah kerana telah didedahkan dengan ajaran Islam sejak lahir.Tidak seperti segelintir daripada golongan mualaf yang terpaksa menempuh pelbagai ranjau untuk mendalami agama suci ini.Untuk mendalami sedikit sebanyak pengalaman yang ditempuh golongan mualaf,saya berpeluang menemuramah seorang saudara baru di khariah saya.
Nama sebenar beliau ialah Low Hong Siang.Nama islamnya ialah Haji Shamrin bin Abdullah.Beliau memeluk Islam ketika berumur 21 tahun dan telah menganut agama ini selama 43 tahun.Beliau mengakui bahawa sudah lama tertarik dengan agama ini dan kagum dengan ajarannya terutama sekali solat yang merupakan tiang agama selain menjadi pendinding diri kita dari melakukan kemungkaran dalam menjalani hidup didunia ini.Beliau yang sudah lama bergaul dengan rakan-rakan yang majoritinya beragama Islam telah banyak belajar tentang cara hidup dan juga agama Islam yang mereka amalkan.
Menurutnya,beliau telah mempelajari tentang peradaban agama Islam melalui pemerhatian dan beliau yakin bahawa Islam agama yang mulia kerana ianya lengkap dari segenap aspek kehidupan.Niat beliau untuk memeluk agama Islam datang dari hatinya sendiri dan bukan kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang rata-rata dari keturunan Melayu.Beliau juga amat bersyukur kerana ibu,adik beradik,dan keluarga tidak pernah menghalang niat beliau untuk menganut agama Islam.Beliau mengambil masa selama setahun untuk belajar tentang Islam.Setiap kali hujung minggu,pasti beliau akan mengikuti pembelajaran daripada seorang ustaz tentang solat,bacaan Al-quran dan sebagainya.Beliau juga telah menunaikan ibadah haji pada tahun 2003.
Haji Sharin adalah seorang yang berpengaruh di khariah saya.Beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti dakwah yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid dan merupakan salah seorang ustaz dan ahli jawatankuasa masjid khariah saya.Beliau selalu melibatkan diri dalam majlis seperti Maulidur Rasul,Maal Hijrah dan sebagainya.Tidak keterlaluan kiranya saya katakan bahawa beliau seharusnya dijadikan sebagai ikon atau role model bagi golongan-golongan muda.
Beliau juga aktif dalam aktiviti persatuan seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Association(MCMA) dan aktif berkongsi ilmu dengan golongan saudara baru dan merupakan seorang yang pemurah. 
Kebanyakan saudara baru kebanyakannya menghadapi masalah dengan keluarga mereka yang berlainan agama tetapi tidak bagi Haji Sharin.Walaupun hanya beliau seorang yang meemeluk Islam dalam kalangan keluarga,perkara tersebut tidak menjadi masalah bagi beliau.Beliau yang mempunyai dua orang kakak yang menganut Atheis dan Taoist dan mempunyai seorang adik beragama Kristian yang menjadi paderi di salah sebuah gereja di Johor Bahru tidak mempunyai sebarang masalah dengan adik beradiknya.
Hubungan beliau dengan ahli keluarga tidak berubah ketika sebelum dan selepas memeluk Islam.Tetapi ketika makan,mereka lebih selesa memilih restoran Melayu kerana menghormatinya sebagai seorang Muslim.


DUGAAN DIHADAPI

Setiap saudara baru pastinya tidak terlepas dari ujian Allah.Tidak terkecuali Haji Sharin yang terpaksa menempuh onak dan duri sebelum sampai ketahap ini.Ketika beliau baru memeluk Islam dan menetap di Johor,beliau bekerja menjalankan perniagaan bersama rakan-rakan lain yang berbangsa Cina.Selepas mendapat tahu bahawa beliau telah memeluk Islam,mereka seolah-olah memulaukan beliau.Ujian datang bertimpa-timpa kerana ketika beliau ingin mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Melayu,bakal bapa mertuanya tidak bersetuju kerana menganggap beliau tidak mampu untuk membimbing anak gadisnya ke jalan yang diredhai Allah.
Sesungguhnya,Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang soleh.Berkat doa yang tidak putus-putus dan keikhlasan yang ditunjukkan beliau,akhirnya beliau selamat dinikahkan dengan isterinya,Sofiah Ibrahim ketika beliau berumur 25 tahun.Beliau dikurniakan empat orang anak.Rakan-rakan yang pernah memulaukan beliau dahulu juga telah menyedari kesilapan mereka dan ada juga antara rakannya mengikut jejak langkah beliau memeluk agama Islam.Sesungguhnya,kuasa Allah itu sungguh besar.
Beliau juga menceritakan bahawa ketika beliau mengerjakan wukuf ketika menunaikan haji,beliau tiba-tiba begitu merindui mendiang ibunya.Walaupun berlainan agama dan bangsa,kasih sayang beliau terhadap ibunya tidak pernah luntur dan tetap subur.Beliau amat menghargai pengorbanan ibu beliau dalam membesar dan memberi didikan yang secukupnya kepada beliau.
Beliau juga menceritakan bahawa beliau berasa amat sedih kerana ada segelintir daripada golongan saudara baru ini yang mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.Sepatutnya sebagai seorang mualaf,mereka seharusnya bekerja dengan lebih kuat dengan daya usaha sendiri dan membuktikan kepada ahli keluarga mereka bahawa mereka boleh berjaya.Bila sudah berjaya,barulah keluarga akan yakin kemampuan mereka.
PERUBAHAN SETELAH MEMELUK ISLAM

“Islam banyak mengubah cara hidup dan pemikiran saya”.Inilah jawapan yang keluar dari mulut beliau tika saya mengajukan soalan tentang perubahan beliau selepas memeluk Islam.Beliau memberitahu bahawa Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya berdisiplin contohnya dengan kewajipan bersolat.Solat dapat membimbing kita menguruskan waktu dengan lebih teratur.Selain itu,beliau juga menambah,Islam membuat jiwa kita menjadi tenang kerana setiap kali berasa keluh kesah,kita ada Allah sebagai tempat mengadu.Walau sebesar mana pun masalah kita,bergantunglah kepada Allah kerana Insyaallah,pasti Allah akan bersama kita.Beliau juga tidak sesekali merasa terbeban dengan kerja dakwah dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain tentang pengalaman beliau sebagai mualaf kerana menganggap bahawa semua itu merupakan santapan rohani yang dapat menenang dan membersihkan jiwa beliau.
Sebelum mengakhiri perbualan,beliau sempat menitipkan sedikit nasihat buat golongan saudara baru agar terus mendalami agama Islam.Beliau yang sehingga kini masih belajar tentang Islam tanpa jemu berpesan agar jangan sesekali meninggalkan solat keran solat itu tiang agama.”Bila sudah memeluk Islam,jadilah seorang Muslim yang baik.Jangan sesekali mengambil kesempatan diatas status sebagai seorang Muslim untuk meraih simpati atau menipu orang lain.Buat mereka yang mendapat halangan daripada keluarga,jangan putus asa.Terus berusaha dengan gigih mengubah cara hidup kita supaya kita dapat membuktikan kepada keluarga,kita mampu berjaya”akhiri Tuan Haji Sharin yang sudah beberapa kali menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.


PENUTUP
Terjemahan: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah
jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat…"
                                                                                                
(Surah  Al-Baqarah: 256) 

Islam agama yang mudah.Sesungguhnya Islam tidak pernah memaksa sesiapa menganut Islam dan Islam mengajar umat manusia berfikir tentang hakikat kejadian alam ini.Oleh sebab itu,hanya Tuhan Pencipta Alam ini yang layak disembah dan ditaati.Allah telah berjanji bahawa akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.Dan apabila hidayah itu diberikan,tiada siapa yang sanggup mencegahnya.Haji Sharin merupakan salah seorang insan terpilih untuk menerima hidayah Allah dan sesungguhnya beliau amat bertuah.Kita sering mengatakan bahawa golongan yang baru memeluk Islam ini sebagai ‘convert’.Istilah ini seharusnya ditukar kepada ‘revert’ kerana memang setiap manusia secara fitrahnya dilahirkan sebagai seorang Islam dan mereka cuma mengikut agama ibu bapa dan keturunan mereka.Dan apabila mereka telah kembali ke agama fitrah mereka,istilah ‘revert’lebih tepat untuk digunakan.




RUJUKAN

·        Tuan Haji Sharin Bin Abdullah
·        Ust. Abd Aziz Harjin{www.abdazizharjin.blogspot.com} 
·        Wadah Islamiah